Borang
Posted by kuttukobacho on November 10, 2009
Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by kuttukobacho on November 10, 2009
Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Antara kemudahan yang ada ialah
1. 30 bilik darjah untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran
2. 7 bengkel untuk matapelajaran KH dan Lukisan kejuruteraan.
3. 4 makmal, iaitu 3 makmal sains dan 1 makmal bahasa
4. 3 bengkel kemahiran hidup untuk menampung aktiviti kemahiran hidup
5. 1 perpustakaan
6. 1 surau
7. 1 kantin
8. 1 Bilik mesyuarat
9. 1 bilik kesihatan
10. 1 padang
11. 1 dataran sri Takis
12. 1 Bilik Skim Pinjaman Buku teks
13. 1 bilik guru
14. 1 bilik guru disiplin
15. 1 Bilik Pendidikan Islam
16. 1 Bilik seni
17. 1 Bilik PPSMI
18. 1 Bilik Sejarah dan Geografi
Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by kuttukobacho on November 9, 2009
SMK Takis adalah sekolah yang ketujuh telah dibina di Daerah Papar. Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah seluas 10 ekar dan nama S.M.K Takis telah dipilih kerana ia bersesuaian dengan lokasinya iaitu di Kampung Takis, Papar. Pembinaannya mengambil masa setahun lebih iaitu bermula dari Julai 1999 dan siap sepenuhnya pada Januari 2001. Pengambilan pelajar pertamanya ialah pada 29 dan 30 Februari 2001.
Pada awalnya seramai 38 orang tenaga pengajar telah ditempatkan di SMK Takis. Lebih 90% daripada bilangan guru tersebut adalah guru siswazah dalam pelbagai bidang. Dalam erti kata lain, SMK Takis mampu menyediakan pelbagai bidang keilmuan kepada para pelajar sama ada berbentuk sains dan teknologi, kemahiran vokasional mahupun kesenian dan bahasa selaras dengan ilmu/kepakaran yang dimiliki oleh para guru.
SMK Takis mempunyai 40 buah kelas yang boleh menampung antara 30 hingga 40 orang pelajar. Selain daripada itu terdapat juga pelbagai kemudahan seperti Bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Makmal Komputer dan kemudahan lain yang turut disediakan. Dari segi keluasan dan tempat, sekolah ini mampu menampung lebih daripada seribu orang dalam satu sesi persekolahan.
Pada tahun 2006, SMK Takis telah menawarkan satu mata pelajaran Vokasional iaitu Hiasan Dalaman yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara menghias dalaman bangunan. Mata pelajaran ini di tawarkan kepada pelajar tinngkatan 4 dan 5. Dari tahun ke tahun, pucuk pimpinan SMK Takis turut bertukar. Berikut ialah senarai nama pengetua dari tahun pertama sehingga sekarang.
Nama Pengetua Tempoh
En Abidin Marjan September 2001 – Oktober 2003
Datin Aisah Jaman November 2003 – Disember 2004
Datin Hjh Nik Faridah Nik Mustapha Januari 2005 – Mei 2008
Tuan Hj Mokhtar Ibrahim Disember 2008 – sekarang
Posted in Uncategorized | Comments Off
Posted by kuttukobacho on November 9, 2009
BERSEDIA DAN BERKOMITED UNTUK MENDIDIK PELAJAR, SUPAYA BERILMU, BERAKHLAK MULIA, BERWAWASAN, BERKETERAMPILAN, BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ALLAH DAN NILAI-NILAI MURNI MELALUI PERANCANGAN DAN PROGRAM SEKOLAH.
1. Memberikan fokus utama tergadap pendidikan yang berkualiti dan sesuai dengan potensi pelajar.
2. Menyediakan kemudahan, suasana dan iklim pengajaran & pembelajaran yang seronok dan memberangsangkan
3. Gigih meningkatkan potensi pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum ke tahap maksimum
4. Menjalinkan hubungan mesra dua hala antara pentadbir dan staf, guru dengan pelajar, sekolah dengan ibu bapa, masyarakat Setempat dan institusi luar
5. Mempastikan falsafah pendidikan negara dan wawasan Pendidikan direalisasikan
Posted in Uncategorized | No Comments »